Pesta Buku Negeri Terengganu 2012 akan bermula dari 23 hingga 29 Februari 2012. Pesta Buku ini diadakan di Terengganu Trade Centre (TTC). Masuk adalah percuma. Kepada para pelajar yang ingin membeli buku dengan harga yang berpatutan, bolehlah datang mengunjungi gerai-gerai buku yang terdapat di sini.
Para pengunjung sibuk memilih buku |
Selain daripada itu. terdapat juga beberapa aktiviti yang menarik disediakan kepada para pengunjung yang hadir, terutamanya para pelajar. Para pelajar boleh menyertai acara-acara dan pertandingan yang diadakan sempena Pesta Buku ini.
Sempena Pesta Buku Negeri Terengganu 2012, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antara aktiviti yang diadakan adalah Sepetang Bersama Penulis Ombak Rindu, Pertandingan Jigsaw Puzzle, Pertandingan Melukis dan Mewarna, Riang Ria Bersama Nur Fathiah (BoboiBoy), Sejenak Bersama Kartunis Ubi, Sembang pagi Bersama Amin Idris, Bicara Karya, 'Info Race' dan acara kemuncaknya penyampaian hadiah Peraduan Meneka Muka Surat Buku.
Sepetang bersama Fauziah Ashari, penulis novel 'Ombak Rindu' |
Sejenak bersama Kartunis Ubi |
0 comments:
Post a Comment