SK Seri Berang telah menyertai Program Latihan Pengurusan Pusat Sumber yang dianjurkan oleh Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu. Pengawas Pusat Sumber Sekolah bersama dengan Guru Media SK Seri Berang, Cik Hjh Suhailah binti Hj Harun telah dijemput untuk menghadiri program ini yang nyata memberi banyak manfaat dan ilmu kepada pengawas pusat sumber sekolah yang terlibat.
Sebahagian guru dan pelajar yang menyertai Latihan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Angkat PSNZ, UMT baru-baru ini |
KUALA TERENGGANU 1 Nov. (Utusan) - Sebanyak 17 buah sekolah yang berpotensi untuk diangkat sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di negeri ini mengikuti Program Latihan Pengurusan Pusat Sumber di sini baru-baru ini.
Program anjuran Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu itu bertujuan untuk membimbing para guru dan pengawas pusat sumber.
Berita selanjutnya, klik di sini
0 comments:
Post a Comment