Social Icons

Saturday, 30 July 2011

Bulan Membaca 2011

Bulan membaca

                 Pusat Sumber SK Seri Berang dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Bulan Membaca 2011. Ia diadakan sepanjang bulan Julai bermula dari 17 hingga 28 Julai 2011. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik telah disediakan untuk para pelajar. Semoga berjaya!





PENGENALAN

Memupuk minat dan budaya membaca di kalangan
semua warga sekolah bagi melahirkan warga dan masyarakat yang menyedari kepentingan ilmu bagi
melahirkan bangsa berjaya.



MATLAMAT
Pelbagai aktiviti diadakan melibatkan semua warga sekolah. Adalah diharapkan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan akan dapat melahirkan pelajar yang dapat menjadikan tabiat membaca sebagai satu budaya hidup, seterusnya dapat melahirkan bangsa yang membaca sebagai bangsa yang berjaya.



OBJEKTIF

 Menanam minat membaca di kalangan murid dan guru.
 Melahirkan warga sekolah yang berbudaya membaca.
 Melahirkan kesedaran di kalangan murid
      tentang kepentingan ilmu.
 Memupuk bakat dan kreativiti murid-murid.


                Majlis Pelancaran Bulan Membaca 2011 telah diadakan semasa perhimpunan pagi dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Seri Berang, Puan Hasnah binti Hasan. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak daripada adik Nur Syafiqa bt Baharuddin. Upacara penyampaian cenderahati turut diberikan kepada para pelajar yang menyertai program Giving&Sharing pada tahun lepas.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan Sempena Bulan Membaca

  • Giving & Sharing - derma buku
  • Bicara buku
  • Kuiz Khazanah Ilmu
  • Pertandingan Buku Skrap
  • Pertandingan Mewarna Prasekolah
  • Pertandingan Pidato Spontan
  • Pertandingan cerpen


Untuk berita selanjutnya, klik di sini

0 comments:

Post a Comment