SK Seri Berang telah melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang
sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini. Pelancaran kali ini diadakan di tapak
perhimpunan sekolah semasa perhimpunan pagi. Majlis pelancaran dirasmikan oleh
Puan Guru Besar, Puan Hasnah binti Hasan. Gimik pelancaran disempurnakan oleh
Puan Guru Besar dengan memotong riben pada Jalur Gemilang. Para pelajar bersama dengan guru-guru kemudian menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan 1Malaysia sambil mengibarkan
bendera Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat.
![]() |
Gimik Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang |

Para pelajar bersemangat menyanyikan lagu Jalur Gemilang
0 comments:
Post a Comment