Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan di Riyaz, Pulau Duyong. Ia bagi meraikan guru-guru dan kakitangan yang telah bertukar ke sekolah yang lain pada tahun ini. Guru-guru yang terlibat adalah Puan Noor Hamidah bt Mat, Puan Rose Merlina bt Muhammad Nor dan Puan Mazura binti Yahya. Manakala staf yang bertukar ialah En. Sobiring @ Abang Jamal.
Sebaik tiba, para guru dijemput menjamu selera. Pelbagai juadah yang lazat dan membuka selera sedia terhidang di atas meja. Majlis diteruskan ucapan para guru yang diraikan diikuti dengan ucapan daripada Puan Guru Besar. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada guru-guru tersebut.
0 comments:
Post a Comment