Social Icons

Sunday, 29 July 2012

Berpuasa di bulan Ramadhan...




Kewajipan Berpuasa
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
Keutamaan RamadhanTerdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka
Fadhilat yang lain-lain
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Amal Ibadah di Bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menunaikan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Lakukanlah sebanyak mungkin ibadah dan jauhilah perkara-perkara yang mungkar. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT. 

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan datang lagi...


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat dan selamat berpuasa kepada seluruh warga SK Seri Berang serta umat Islam seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna....

Wednesday, 18 July 2012

Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang


  

                SK Seri Berang telah melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini. Pelancaran kali ini diadakan di tapak perhimpunan sekolah semasa perhimpunan pagi. Majlis pelancaran dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Puan Hasnah binti Hasan. Gimik pelancaran disempurnakan oleh Puan Guru Besar dengan memotong riben pada Jalur Gemilang. Para pelajar bersama dengan guru-guru kemudian menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan 1Malaysia sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat.   

Gimik Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Para pelajar bersemangat menyanyikan lagu Jalur Gemilang