Social Icons

Monday, 9 April 2012

MTQ Daerah Hulu Terengganu 2012



Tahniah diucapkan kepada adik Che Ku Nur Umairah kerana berjaya menjadi Johan bagi acara Tilawah 
Al-Quran. Begitu juga dengan dua orang lagi wakil pelajar SK Seri Berang yang menyertai acara Bercerita Agama. Abdul Muin mendapat tempat kedua dan Nur Nadia Adleena mendapat tempat ketiga. 
Tahniah dan syabas! Moga tahun depan kita akan mendapat lebih kejayaan... InsyaAllah...

Sunday, 8 April 2012

Pertandingan Choral Speaking dan Bicara Berirama Daerah Hulu Terengganu



              Tahniah diucapkan kepada pasukan Choral Speaking dan Bicara Berirama kerana berjaya mendapat tempat ketiga dan kedua dalam acara masing-masing. Pertandingan tersebut telah berlangsung di SMK Bukit Diman dan pasukan SK Seri Berang telah mempamerkan persembahan terbaik mereka. Semoga kita akan berjaya dengan cemerlang pada tahun hadapan. InsyaAllah...


Thursday, 5 April 2012

Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon

            

              
                  Pertandingan Bolasepak Peringkat Zon telah diadakan pada 5 April 2012. SK Seri Berang telah dipilih sebagai tuan rumah bagi pertandingan tersebut dan alhamdulillah, kita muncul sebagai Johan. Tahniah kepada Pasukan Bolasepak SK Seri Berang kerana muncul Johan Pertandingan Bolasepak Peringkat Zon mengalahkan Pasukan SKTAI. 

Wednesday, 4 April 2012

Pertandingan Ko-Akademik Bahasa Melayu

              Sekalung tahniah  diucapkan kepada Adik Wan Nur Adriana kerana berjaya mendapat Tempat Ketiga bagi Acara Bercerita Tahap 1. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Rolimah bt Embong yang begitu berdedikasi melatih Adik Nur Adriana. 

Pertandingan Bola Jaring Zon KDSR 2

Pasukan Bola Jaring SKSB 2012

Majlis Penyampaian Hadiah
             
                   Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon telah berlangsung di SK Tengku Ampuan Intan. Pasukan SK Seri Berang berjaya menggondol naib johan dan layak ke Pertandingan Peringkat Daerah. Pasukan tuan rumah pula muncul sebagai johan.
          Tahniah diucapkan kepada pemain bola jaring sekolah yang mempamerkan kesungguhan dan permainan yang hebat dan menarik. Syabas diucapkan kepada jurulatih-jurulatih yang membimbing mereka. 

Monday, 2 April 2012

Pertandingan Nasyid Peringkat Zon KDSR 2

Pasukan Nasyid SK Seri Berang

         Tahniah! Pasukan Nasyid SK Seri Berang muncul naib johan dalam Pertandingan Nasyid Zon KDSR 2 yang diadakan di SK Lerek. Walaupun tidak mendapat johan, pujian harus diberikan kepada pasukan nasyid sekolah kerana berjaya mempamerkan persembahan yang mantap.

Sunday, 1 April 2012

Klinik Bolasepak 2012

          Klinik Bolasepak untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun telah diadakan di SK Seri Berang. Pelajar-pelajar yang terpilih telah hadir untuk menjalani sesi latihan dengan jurulatih jemputan dan juga guru-guru yang terlibat. 



Pelajar Tahun 1 dan 2 berlatih dengan Cikgu Radzi


GPK Ko, Cikgu Jamal membantu para pelajar.


Jurulatih jemputan sedang menunjukkan teknik yang betul untuk menahan bola.

Sesi latihan untuk Pelajar Tahun 6.


Latihan mengelecek bola.




Jurulatih memantau sesi latihan Pelajar Tahap 2.

Bersedia...

Para pelajar sedang menunggu giliran masing-masing.



Latihan membawa bola.

Cikgu Shahidan mengawasi para pelajar.